Target 2012

Target kajian pada 2012

Pada 2012, berikut ialah beberapa topik kajian kami:

  1. Modul Pengurusan Kehidupan berteraskan Surah al-Kahf
  2. Modul Ulul Albab untuk Pendidik
Fokus KIAS ialah untuk mengkaji panduan dari al-Quran dan dirujuk kepada pelbagai sumber ilmu untuk memahami teknik aplikasi dalam kehidupan di peringkat organisasi, institusi pendidikan, sosial dan keluarga.

***********

Pengurusan Kehidupan berteraskan Surah al-Kahf (PKSA)

Tema ini diambil kerana Akademi Sinergi ingin berkongsi teknik pengurusan kehidupan sebagai tema asas dalam kajian yang akan dilaksanakan pada 2012. Daripada topik besar ini, ia akan difokuskan kepada pelbagai kemahiran dan teknik yang diperlukan bagi menyokong tema 'Pengurusan Kehidupan'. Pengurusan kehidupan meliputi:
  1. Pengurusan Harta
  2. Pengurusan Ilmu
  3. Pengurusan Emosi/ Keluarga/ Kuasa
  4. Pengurusan Akidah

Projek Modul Ulul Albab (MUA)

Projek Modul Ulul Albab adalah salah satu aspek pengurusan ilmu. Ia dijadikan salah satu fokus kerana pada Disember 2011, Akademi Sinergi melancarkan satu program Seminar Transformasi Pendidikan. Didapati daripada program ini, banyak keperluan untuk melonjakkan lagi teknik pengajaran dan pendidikan agar generasi akan datang mampu menjadi 'people of essence' atau yang mendapat intipati sebenar dari sistem pendidikan negara.

Fokus pertama ialah Subhanallah Effect (SE).

**********

Output Kajian


Dari semasa ke semasa, kajian ini akan disampaikan dalam bentuk penulisan, seminar dan latihan samada di peringkat umum atau khusus. Insha-Allah.