Friday, December 30, 2011

Laman penuh KIAS

Alhamdulillah, laman penuh KIAS boleh dilayari di sini http://kias.akademisinergi.com/

Dari semasa ke semasa, ada entri dari laman web utama KIAS yang akan diletakkan di sini.

Terima kasih atas sokongan

Wednesday, December 28, 2011

SE: Subhanallah di Waktu Malam

Rasulullah pernah membaca ayat ini:

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَاخْتِلافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لآيَاتٍ لأولِي الألْبَابِ (١٩٠)الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ (١٩١)

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (190) (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka. (191)


Rasulullah membacanya pada waktu bangun, melihat langit dan solat sunah pada awal pagi sebelum subuh. Rasul menangis ketika membaca ayat ini. Ada sesuatu yang tersembunyi dalam ayat ini. Ia memerlukan kemampuan kita menyatakan Subhanallah dalam memerhati alam. Seseorang yang mengucapkan Subhanallah memberi kesan kepada emosi dan intelek seseorang.

Allah Maha Suci. Kita penuh kekurangan.

SE: Antara Subhanallah dan Allahu Akbar

Subhanallah menekankan kepada konsep dalam diri. Ia berkaitan motif atau tujuan. 'Tidak sia-sia' adalah bahasa mereka yang jelas tentang tujuan sesuatu. Dalam sesuatu sistem, setiap komponen adalah penting. Tiada yang sia-sia. Kalau kita nampak sesuatu itu 'sia-sia' atau 'tidak relevan' dalam sesuatu sistem, ada dua kemungkinan:
  1. Perkara itu tidak mengikut aturan Tuhan - ia perlu dibaiki
  2. Kita sendiri yang tidak mampu melihat kebesaran Tuhan yang menjadikan perkara itu dengan tujuan yang tersendiri.
Allahu akbar dilaungkan muazin. Habis berpuasa atau ketika kita beraya puasa atau haji, kita bertakbir. Ia lambang pelaksanaan dan kejayaan. Kalau mahu bangkitkan emosi, laungkan Allahu Akbar dalam diri dengan yakin. Ia akan menjadikan kita lebih bersemangat.

Alhamdulllah di tengah-tengah

Alhamdulillah boleh diucapkan oleh individu yang nampak kehebatan Allah di alam ini. Atau nampak orang lain pakai kereta yang besar. Kita puji Allah yang memberi dan menjadikan nikmat itu. Ia bersifat konsep dalam diri - Allah yang layak dipuji.

Kalau kita sendiri yang mendapat kereta besar atau rumah besar, kita patut ucapkan Alhamdulillah. Apabila kita melaksanakan sesuatu urusan seperti makan, kita ucapkan Alhamdulillah. Ia diucapkan apabila kita dapat memuji Tuhan pada nikmat yang kita dapat atau tidak dapat secara langsung.

Apabila kita bersyukur dengan konsep dari Subhanallah, kita akan bersyukur dengan mengambil tindakan. Allahu Akbar. Saya ingin beritahu Allah yang Maha Besar memberi semua ini untuk saya laksanakan. Tiada siapa yang lebih besar dari-Nya

SE: Quran dan Sunnah

Quran memberi kita konsep dan prinsip.
Sunnah memberi kita teknik.

Dengan Quran, kita carikan teknik yang sesuai dengan Sunnah Nabi. Ia pasti akan lebih mudah dimengerti.

Quran dimanfaatkan oleh diri sendiri untuk menuju spiritual dan meningkatkan iman.
Sunnah dimanfaatkan oleh diri kepada orang lain bagi mewujudkan akhlak mulia.

Ramai orang suka akhlak mulia dan tidak menyakitkan hati. Kalau orang suka hati, ia akan mendengar apa yang kita fahami dari al-Quran. Kalau orang sakit hati, dia akan tutup idea dan hujah kita.

Subhanallah Effect membawa kita memahami konsep untuk diri sendiri yang boleh disampaikan bersama orang ramai.

SE : Adakah Subhanallah membina motif atau tindakan?

Kita semua memerlukan motivasi. Motivasi boleh dikaitkan begini:

Motive + Action = Motivation
Motif + Tindakan = Motivasi

Kalau ada motif yang jelas tetapi tidak dilaksanakan, motivasi akan merudum.
Kalau ada tindakan tanpa motif atau tujuan yang jelas, motivasi akan runtuh kerana apa yang dibuat tidak membawa ke mana.

Subhanallah sebenarnya menjelaskan motif. Ia akan menyebabkan
  1. Seseorang nampak kehebatan yang ada di alam ini
  2. Seseorang itu fikir
  3. Seseorang itu akan mengingat kepada Tuhan yang menjadikan alam ini
  4. Seseorang itu merasakan semua yang berlaku ini tidak sia-sia
  5. Ia akan menyebabkan seseorang itu banyak berdoa kerana kalau semua itu terjadi dengan baik dan mengikut sunnah, maka doa itu akan memberi kekuatan dari Tuhan untuk mencapai kejayaan berdasarkan sunnah alam atau peraturan.
Makin banyak 'Subhanallah' itu terpacul dalam diri, ia akan menyebabkan seseorang itu kurang 'blank' atau 'blur'. Diri yang jelas dengan motif kehidupan akan mengambil tindakan yang wajar untuk menjadi produktif dan berjaya.

Kalau sudah ada motif yang jelas dengan Subhanallah, Allahu Akbar menuntut kita mengambil tindakan kerana yang Maha Besar ialah Tuhan yang mampu mendorong emosi dan semangat kita untuk bertindak.

Monday, December 26, 2011

SE: Ayat 190-200 - Apakah Panduan untuk SE?

Setelah berzikir dan berfikir banyak, ia akan menyebabkan seseorang itu menyatakan Subhanallah dan berdoa. Kalau ia tidak berdoa, ada sesuatu yang tidak kena.

Ayat 191-194 adalah doa. Ada 5 kali perkataan rabbana.

Ayat 191-195 membawa mesej:

  1. membawa jiwa ke arah kesucian
  2. mengarahkan akal kepadafungsi pertama iaitu mempelajari ayat-ayat Tuhan yang terbentang
  3. diikuti dengan amal yang bersungguh-sungguh
  4. mengorbankan diri kerana Allah membina legasi sampai ke akhirat
Ayat 196 memberi amaran agar jangan terpedaya kemajuan material kuffar sehingga mereka boleh 'buat apa sahaja' dalam negeri mereka.

Ayat 200 menekankan konsep sabar. Orang yang mengamalkan SE boleh menyebabkan mereka mempunyai kesabaran yang tinggi kerana kemampuan untuk merasai kebesaran Allah pada segenap jagat raya.

SE : Ayat 190-191 dari Tafsir al-Mishbah

Ayat ini mendahulukan zikir dan fikir, kerana dengan zikir mengingat Allah dan menyebut nama-nama dan keagungan-Nya, hati akan menjadi tenang. Dengan ketenangan, fikiran akan menjadi cerah bahkan siap untuk memperoleh limpahan ilham dan bimbingan Ilahi (Quraisy Shihab)

Didahului Subhanak berbanding permohonan kerana ia adab dan teknik memohon kepada Allah.
  1. Agar pemohon sedar banyak sungguh nikmat yang telah diterima
  2. Sedar kekurangan diri, bukan kekurangan Allah
  3. Tidak putus asa kalau ada permohonan yang belum peroleh lagi (ini membina rasa positif dan positif dalam diri individu)
Makin banyak zikir dan fikir, maka ia akan menjadikan seseorang itu tawadhuk dan mengucapkan Subhanak. Ia berkaitan dengan ayat berikut:

Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun. (35:28)

Menurut Quraisy Syihab, ayat 190-191 tidak boleh berhenti sampai sini sahaja. Ia perlu diteruskan bacaan kelompoknya sehingga ayat 200.

SE: Kaitan ayat 189 dan 190 dalam Surah Ali Imran

Dalam ayat 189, dijelaskan ciri kumpulan yang bergembira atas apa yang mereka kerjakan dan suka dipuji atas apa yang mereka belum laksanakan. Ini adalah ciri individu yang ditempelak dalam ayat ini.

Imam Bukhari ada meriwayatkan bahawa ada orang munafik yang enggan mengikut berjihad. Mereka mengemukakan pelbagai alasan. Apabila diizinkan untuk tidak turut serta, mereka bergembira dengan izin itu, tetapi dalam saat yang sama mereka senang dan ingin dipuji sebagai orang-orang yang tulus ingin berjihad.

Apa yang ditunjukkan di atas menjelaskan betapa cara berfikir orang munafik ini tidak konsisten. Mereka tidak mampu mengawal fizikal, intelek, emosi dan spiritual agar selari dalam kehidupan seharian - ini menyebabkan kemusnahan mereka.

Bagaimana untuk konsisten ? Jadilah orang yang dapat mengaitkan hal fizikal dengan spiritual. Ia memerlukan teknik fikir dan zikir sehingga membina Wow dan Subhanallah Effect. Inilah kandungan ayat seterusnya iaitu ayat 190-191.

SE: Beberapa persoalan yang ingin dijawab dalam kajian Subhanallah Effect

Sila poskan soalan anda untuk kami masukkan dalam senarai kajian

  1. Adakah SE akan meningkatkan kualiti atau kuantiti akademik dan pendidikan negara?
  2. Adakah ia akan menambahkan kerja guru-guru?
  3. Adakah kesan baik kepada guru-guru atau sekadar menambahkan kerja seharian ?
  4. Adakah sumber mudah untuk rujukan berkaitan SE dalam kelas?
  5. Adakah setiap subjek boleh apply SE?
  6. Kalau boleh, bagaimana dinamikanya ?
  7. Adakah ia akan meningkatkan kualiti akhlak pelajar dan pendidik ? Bagaimana ?
  8. Adakah SE alternatif kepada LSD ( http://en.wikipedia.org/wiki/Lysergic_acid_diethylamide#Spiritual )
  9. Mengapa manusia mencari Eureka dan Wow Effect? Mengapa tidak mencari terus kepada Subhanallah Effect?
Sila poskan soalan anda untuk kami masukkan dalam senarai kajian

SE: Teknik mengkaji Subhanallah Effect

Berikut ialah antara kaedah tim KIAS membuat kajian SE

  1. Analisis ayat Quran - merujuk kepada pelbagai tafsir dan bahan rujukan al-Quran (audio, video)
  2. Analisis Hadith Nabi - merujuk kepada semua hadith berkaitan serta bagaimana teknik Rasulullah mengajar serta hidup bersama pada sahabat.
  3. Mengekstrak panduan ini dengan pelbagai disiplin ilmu yang diajar dalam kelas dan luar kelas - dengan mengambil kira kesan psikologi dan pendidikan.

SE : Adakah Eureka diperlukan untuk mengenal Tuhan?

Dari Wikipedia:

In Christianity, the Epiphany refers to the realization that Christ is the son of God. Western churches generally celebrate the Adoration of the Magi as the Incarnation of the infant Christ, and commemorate the Feast of the Epiphany on January 6. Traditionally, Eastern churches celebrated Epiphany (or Theophany) in conjunction with Christ's baptism by John the Baptistand celebrated it on January 19; however, many have begun to adopt the Western custom of celebrating it on January 6, the twelfth day of Christmas.[10] Protestant churches often celebrate Epiphany as a season, extending from the last day of Christmas until Ash Wednesday.

In more general terms the phrase religious epiphany is used when a person realizes their faith or when they are convinced that an event or happening was really caused by a deity or being of their faith. In Hinduism, for example, epiphany might refer to the realization of Arjuna that Krishna (incarnation of God serving as his charioteer in the "Bhagavad Gita") is indeed representing the Universe. The Hindu term for epiphany would be /bodhodaya/, from Sanskrit /bodha/ 'wisdom' and /udaya/ 'rising'. Or in Buddhism, the term might refer to the Buddha finally realizing the nature of the universe, and thus attaining Nirvana. The Zen term kensho also describes this moment, referring to the feeling attendant on realizing the answer to akoan.


Dalam tradisi Islam, hidayah dikaitkan dengan kesedaran tentang 'Allah'. Secara fitrah, semua manusia mempunyai potensi ini kerana pada zaman ruh dahulu, semuanya sudah mengakui dalam Surah al-A'raf:

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya): Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini. (172)

Apakah beza hidayah dan konsep 'ephihany'? Hidayah datang dari Tuhan, 'ephihany' juga datang dari Tuhan. Namun mesej kebenaran itu perlu boleh diterima oleh akal manusia yang sejahtera dengan logik yang konsisten. Inilah yang membezakan antara satu agama dengan agama yang lain.

Secara ringkas, Eureka memang diperlukan namun ia perlu dikaitkan dengan elemen emosi dan spiritual yang holistik agar wujud konsisten dalam hujah yang difikirkan.

SE: Adakah Eureka dari diri atau dari Tuhan?

Kita mampu berusaha. Apabila kita berusaha mengikut peraturan alam yang dijadikan oleh Tuhan, sudah pasti Tuhan Yang Maha Adil akan memberi kurnia 'Eureka' dalam diri si pemikir.

Apabila kita berfikir dan mencari idea sehingga 'aha', ia menjadi rahsia kemajuan di dunia dan di alam akan datang.

Cabaran dalam dunia kini ialah menganggap bahawa 'aha' itu spiritual, manakala 'subhanallah' itu secara automatik melambangkan seseorang itu berfikir. Rutin Subhanallah tidak sama dengan zikir Subhanallah. Rutin Subhanallah dibaca selepas sembahyang dan tiada kesan besar selepas habis duduk mengucapkannya. Zikir Subhanallah dibaca selepas sembahyang yang memberi kesan selepas habis zikir itu.

Sunnatullah ketika berfikir

Apabila kita yakin sunnatullah atau peraturan alam diciptakan Tuhan itu menggalakkan berfikir dan mencari 'aha', inilah yang diperlukan dalam kelas atau luar kelas. Diri mengusahakannya, dengan pertolongan dari Tuhan. Fikir adalah ibadah, maka ia memerlukan pertolongan dari Yang Esa. Inilah intipati ayat berikut dalam Surah al-Fatihah:

(5)Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

SE: Eureka itu 'nurture' atau 'nature'?

Ada yang bertanya samada idea yang hebat itu datang dari anugerah atau dari pendidikan. Jika ia adalah anugerah, maka tidak ramai yang akan memperolehnya. Namun sejarah menunjukkan bahawa ia adalah hasil daripada usaha yang disekalikan dengan anugerah. Siapakah yang dianugerahkan dengan kemampuan membina dan mendapat idea hebat ? Semua individu yang ada akal.

Dari wikipedia:

Although epiphanies are only a rare occurrence, following the process of significant labor, there is a common myth that epiphanies of sudden comprehension have also made possible leaps in technology and the sciences.[1][2][4][5] Though famous individuals like Archimedes and Isaac Newton might have had epiphanies, they were almost certainly the result of a long and intensive period of study those individuals have undertaken, not a sudden, out-of-the-blue, flash of inspiration on an issue they have not thought about previously.[4][5]

Atas dasar itu, pihak guru atau ibu bapa boleh mendidik si anak untuk mendapat 'Eureka effect' ini. Menurut Malcolm Gladwell dalam bukunya Outliers, orang-orang hebat seperti Bill Gates mampu berjaya kerana usaha mereka yang luas sehingga 10,000 jam dalam apa yang dibuatnya. Samada ia memang sudah 'bertuah' berada di tempat dan sumber yang betul, itu boleh didebatkan. Namun adalah penting untuk berusaha ke arah kejayaan yang ingin dicapai dengan mengenalpasti sumber di sekeliling dan berusaha mendapatkannya.

SE: Apa yang berlaku ketika mendapat Eureka?

Dari wikipedia:

The eureka effect (Greek: heurēka, "I have found") is any sudden unexpected discovery, or the sudden realization of the solution to aproblem, resulting in a eureka moment (the moment of unexpected discovery),[1][2] also dubbed as "breakthrough thinking".[3] The eureka effect is also known as the aha phenomenon,[4] and it is similar to an epiphany.

Apabila kita bertemu 'aha' dalam kehidupan seharian, ia akan memberi perspektif baru dalam kehidupan kita atau kehidupan orang lain. 'Aha' boleh diperoleh apabila kita mencari jawapan kepada persoalan yang kita hadapi. Lagi banyak seseorang itu berfikir, makin besar untuk bertemu 'aha' atau 'Eureka'.

Namun dalam masa yang sama, adakah berfikir laju dan banyak itu akan membawa kepada 'penyelesaian' atau 'aha'? Tidak semestinya. Ia perlu diseimbangkan dengan Wow. Seseorang yang sudah 'teruja' perasaannya dengan Wow, akan mudah untuk mendapat lebih banyak Eureka effect.

Keghairahan dalam bentuk epiphany. akan menjadi asas kepada kreativiti dan inovasi. Ini diperlukan dalam kelas dan di luar kelas.

SE: Eureka Effect dan Wow Effect

Dalam diri manusia ada fizikal, intelek, emosi dan spiritual.

Ketika menggunakan minda, kita boleh mengalami Eureka Effect.
Dengan emosi yang seronok dan kagum, ia akan membina Wow Effect.
Dengan spiritual yang mantap, ia akan mewujudkan Subhanallah Effect.

Kemahiran mewujudkan Eureka Effect (EE), Wow(WE) dan Subhanallah Effect(SE) ini amat mudah.

Sebagai guru

Menariknya jika dalam kelas, si guru mampu untuk mewujudkan kesan atau effect di atas. Samada EE, WE atau SE.

Sebagai ibu bapa

Ketika bersama anak-anak, tentu menarik kalau si ibu atau ayah mampu untuk berdialog sehingga menimbulkan SE.

Sebagai individu

Ketika duduk berseorang, EE dan WE menjadikan hidup ini lebih bermakna. Punca kebosanan kerana tiada EE, WE apatah lagi SE. Individu yang duduk sendirian dan mampu untuk mengucapkan Subhanallah akan bertemu dengan makna kehidupan.

Pendidikan di peringkat individu, keluarga atau sekolah bertujuan untuk meluaskan makna agar kita semua mampu menghargai kehidupan. Tanpa makna, apalah sangat duit berjuta-juta. Ia hanya kertas-kertas yang memeritkan.

SE : Apakah kepentingan Subhanallah?

Subhanallah dibaca banyak kali.

Dalam al-Quran, perkataan sabaha diulang 92 kali.
Subhanallah diulang dalam rukuk dan sujud
Subhanallah menjadi zikir selepas solat, diajarkan oleh Nabi kepada Fatimah.
Banyak hadith bercakap tentang Subhanallah.

Ayat kajian untuk Subhanallah - salah satunya Surah Ali Imran ayat 190-191 :

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (190) (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka.

Page: Kajian Terkini

Berikut ialah kajian terkini di KIAS

Pengurusan Kehidupan berteraskan Surah al-Kahf

Pengurusan kehidupan yang dimaksudkan dalam Surah al-Kahf ialah melibatkan empat elemen utama:

  1. Pengurusan Harta
  2. Pengurusan Ilmu
  3. Pengurusan Emosi/ Kuasa
  4. Pengurusan Spiritual / Akidah
Semua elemen ini amat penting untuk membina kehidupan yang hebta dan berjaya.

Modul Ulul Albab

Dalam al-Quran ada 16 ayat berkaitan Ulul Albab. Fokus awal tim KIAS ialah Subhanallah Effect, merujuk Surah ali Imran ayat 190-191. Selepas kajian ini, kami akan teruskan dengan ayat-ayat lain. Modul ini memberi fokus kepada pengurusan ilmu dan sistem pendidikan.