Monday, December 26, 2011

SE: Kaitan ayat 189 dan 190 dalam Surah Ali Imran

Dalam ayat 189, dijelaskan ciri kumpulan yang bergembira atas apa yang mereka kerjakan dan suka dipuji atas apa yang mereka belum laksanakan. Ini adalah ciri individu yang ditempelak dalam ayat ini.

Imam Bukhari ada meriwayatkan bahawa ada orang munafik yang enggan mengikut berjihad. Mereka mengemukakan pelbagai alasan. Apabila diizinkan untuk tidak turut serta, mereka bergembira dengan izin itu, tetapi dalam saat yang sama mereka senang dan ingin dipuji sebagai orang-orang yang tulus ingin berjihad.

Apa yang ditunjukkan di atas menjelaskan betapa cara berfikir orang munafik ini tidak konsisten. Mereka tidak mampu mengawal fizikal, intelek, emosi dan spiritual agar selari dalam kehidupan seharian - ini menyebabkan kemusnahan mereka.

Bagaimana untuk konsisten ? Jadilah orang yang dapat mengaitkan hal fizikal dengan spiritual. Ia memerlukan teknik fikir dan zikir sehingga membina Wow dan Subhanallah Effect. Inilah kandungan ayat seterusnya iaitu ayat 190-191.

No comments:

Post a Comment