Didahului Subhanak berbanding permohonan kerana ia adab dan teknik memohon kepada Allah.
- Agar pemohon sedar banyak sungguh nikmat yang telah diterima
- Sedar kekurangan diri, bukan kekurangan Allah
- Tidak putus asa kalau ada permohonan yang belum peroleh lagi (ini membina rasa positif dan positif dalam diri individu)
Makin banyak zikir dan fikir, maka ia akan menjadikan seseorang itu tawadhuk dan mengucapkan Subhanak. Ia berkaitan dengan ayat berikut:
Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun. (35:28)
Menurut Quraisy Syihab, ayat 190-191 tidak boleh berhenti sampai sini sahaja. Ia perlu diteruskan bacaan kelompoknya sehingga ayat 200.
No comments:
Post a Comment