Monday, December 26, 2011

SE: Adakah Eureka dari diri atau dari Tuhan?

Kita mampu berusaha. Apabila kita berusaha mengikut peraturan alam yang dijadikan oleh Tuhan, sudah pasti Tuhan Yang Maha Adil akan memberi kurnia 'Eureka' dalam diri si pemikir.

Apabila kita berfikir dan mencari idea sehingga 'aha', ia menjadi rahsia kemajuan di dunia dan di alam akan datang.

Cabaran dalam dunia kini ialah menganggap bahawa 'aha' itu spiritual, manakala 'subhanallah' itu secara automatik melambangkan seseorang itu berfikir. Rutin Subhanallah tidak sama dengan zikir Subhanallah. Rutin Subhanallah dibaca selepas sembahyang dan tiada kesan besar selepas habis duduk mengucapkannya. Zikir Subhanallah dibaca selepas sembahyang yang memberi kesan selepas habis zikir itu.

Sunnatullah ketika berfikir

Apabila kita yakin sunnatullah atau peraturan alam diciptakan Tuhan itu menggalakkan berfikir dan mencari 'aha', inilah yang diperlukan dalam kelas atau luar kelas. Diri mengusahakannya, dengan pertolongan dari Tuhan. Fikir adalah ibadah, maka ia memerlukan pertolongan dari Yang Esa. Inilah intipati ayat berikut dalam Surah al-Fatihah:

(5)Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

No comments:

Post a Comment